Friday, May 29

Seksaan Meninggalkan Sembahyang

Semasa di Dunia
Para sahabat bertanyakan,apakah seksa yang didapatinya(orang meninggalkan solat) semasa di dunia,jawab Nabi SAW:
1.Hilang berkat umurnya(hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah,kemewahanya itu hanya istidraj belaka).

2.Hilang keberkatan rezekinya(rezekinya terbuang kepada sia2 belaka,walaupun ia kaya raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya.

3.Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya.

4.Tidak diakui ia masuk golongan Islam(ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ,zahirnya sahaja Islam,batinnya MUNAFIQ).

5.Segala amal baik yang dikerjakannya(sedekahnya dan lain-lain)tidak memperolehi pahala.

6.Doanya tertolak
Menurut yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a,katanya telah mendengar Rasulullah saw bersabda-“Bermula orang meninggalkan sembahyang itu ia dari golongan Islam,Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah,puasa dan syahadatnya.”


Semasa Hampir Ajal
Kemudian bertanya lagi para sahabat,’Ya Rasulullah,apa pula seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya?” Jawab RASULULLAH SAW:
1.Adalah matinya dalam kehinaan(yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan).

2.Matinya dalam kelaparan(maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang sedia,tidak,hanya makanan cukup,tetapi nafsunya tiada lagi,perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar).

3.Matinya juga dalam dahaga,dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada didunia ke mulutnya sekalipun,tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit penanggungannya di waktu sakratulmaut itu.
Ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yang meninggalkan sembahyangnya akan Allah suruh seekor ular besar.”SUJA’UL AKRA” namanya. Mata ular itu dari api,sedang ular itu bertangan dan berkuku daripada besi,lain dari yang lain.Suja’ul Akra ni membawa alat pemukul dari besi yang berat.Ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya yang bagaikan halilintar,katanya”Aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu Subuh sehingga waktu Zuhur,kemudian dari Zuhur ke Asar,dari Asar ke Maghrib,dari Maghrib ke Isya’ dan dari waktu Isya’ hingga sampai ke Subuh” lalu “Suja’ul Akra” itu memukul si mati, setiap kali dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya itu,lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi dengan hebat dan dahsyatnya sekali. Demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga ke Kiamat kelak (Naudzu billahi min dzalik).Ada juga orang-orang kurang yakin adanya azab atau siksa di kubur itu.

Semasa Bertemu Tuhannya
Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak, maka datanglah seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang.Rantai itu diikatkan ke leher orang yang meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya.Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak katanya:“Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan". Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang bernama “Saqar”.
Kedua,keluar dari seksanya kelak,tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang itu,seksa dan azab yang hebat dan pedih.
Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan,Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya.

Kisah Pengajaran
Baik juga rasanya jika dikemukakan satu cerita yang terjadi di zaman Khalifah Abu Bakar,bagaimana hebatnya terjadi terhadap seorang mayat yang salah satu sebab ianya terseksa adalah kerana meninggalkan sembahyang. Ada seorang penduduk di zaman Khalifah Abu Bakar meninggal dunia.Setelah dimandikan dan dikafani telah diletakkannya di sudut rumah dengan maksud hendak disembahyangkan.Apabila yang hadir telah bersaf-saf hendak memulakan sembahyang mayat itu, tiba-tiba kafan si mati nampaknya bergerak-gerak sehingga mereka yang berada di samping mayat takjub dan kehairanan melihatnya.Mereka sama serentak saling berbisik dan bertanya dan semua menyangka bahawa si mayat hidup kembali. Salah seorang daripada mereka maju ke hadapan dan mengurai ikatan kafannya sambil yang lain-lain sama mendekati jenazah itu.Alangkah terperanjatlah mereka apabila kafan si mayat sudah terbuka, dilihat mayat masih tetap mayat hanya dalam kafan menyelubungi tubuh mayat tersebut seekor ular,seraya menggigit seluruh tubuh si mayat.Serentak mereka yang hadir di sana menyuruh diambil kayu untuk memukul ular tersebut.Belum sempat mereka mendapatkan kayu itu,sang ular lantas berkata dengan fasihnya-“Asyhadu allaa ilaaha illallah,wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.Apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku.Aku tidak bersalah dan menyakiti kamu.Aku hanya menjalankan perintah Allah menyeksa mayat ini.Aku disuruh menggigitnya dan menyeksanya hingga ke Hari Kiamat.” Orang ramai berasa hairan lalu bertanya-“Apakah sebabnya maka engkau disuruh menyeksa mayat saudara kami ini?Apakah dosa dan kesalahan mayat ini?”Jawab ular itu-“Mayat ini hayatnya berbuat 3 macam kesalahan yang menyebabkannya diseksa.
1. Dia mendengar azan tetapi tidak dihiraukan dan tidak dia pergi menunaikan solat dengan berjemaah.
2.ianya enggan mengeluarkan zakat hartanya.
3.tidak mahu mendengar nasihat baik dari para alim ulama.Maka oleh itulah ianya diseksa sedemikian rupa”
Demikianlah menurut kisahnya yang terjadi di zaman itu.Harapnya menjadi perhatian kita hendaknya.Barangkali kisah yang diceritakan cukuplah mendorong keinsafan bagi kita ,diteliti bagaimana hebat penderitaan seksanya. “BERSEGERALAH BERTAUBAT SEBELUM TIBANYA AJAL MAUT”

*Ulasan hadis dan kisah yang diceritakan tidak dinyatakan sumbernya,diharap para pembaca yang mengetahuinya dapat maklumkan,namun pengajaran yang terdapat didalamnya boleh diambil iktibar dan teladan buat peringatan-editor.

Kesan Zikir Terhadap Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.





Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Hukum Onani Dalam Islam

PENGENALAN
Memikirkan sejenak masalah sosial yang menimpa remaja masa kini, saya termenung berpanjangan. Saya juga turut tergolong di dalam golongan remaja. Inilah realiti dunia kita. Antara permasalah yang seringkali ditimbulkan oleh pelbagai pihak samada daripada golongan muda remaja hinggalah dewasa berkeluarga adalah berkenaan masalah onani. Saya juga tidak terlepas daripada pertanyaan ini terutamanya melalui perantaraan maya Yahoo Massenger.

Permasalahan ini amatlah membimbangkan. Ia bagaikan satu kebiasaan dan lumrah umat pada masa kini terutamanya bagi golongan remaja. Ada di antara mereka ketagih dengan onani ini dengan sebab mulanya hanyalah perasaan ingin mencuba untuk mencari sesuatu yang baru. Ada pula yang ketagih kerana telah diajar oleh pasangan kekasih mereka ketika hangat bercinta dahulu. Ada juga yang lebih teruk lagi daripada itu ketagih setelah agak biasa melakukan persetubuhan haram berulang-ulang kali dengan kekasih hati. Jadi mereka semua ini secara umumnya tidak dapat meninggalkan perbuatan onani dan seringkali melakukannya apabila ada masa terluang.

Di sini saya cuba membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan onani ini. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiapa pun akan tetapi perbincangan ini adalah sebagai satu usaha dakwah saya untuk memberi faham kepada masyarakat mengenai permasalahan onani ini. Semoga perbincangan ringkas ini akan memberikan hasil yang lumayan kepada kita semua, insyaAllah.

PENGERTIAN ONANI
Onani (melancap) dalam Bahasa Arab disebut Istimna. Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.



HUKUM ONANI
Pandangan daripada Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie: Mengatakan haram onani secara mutlak.
Dalilnya sepertimana firman Allah Taala bermaksud: Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba) maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di bilik itu (berzina) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun: ayat 5 hingga 7).

Pandangan daripada Mazhab Hanafi: Mengatakan haram pada sesetengah keadaan dan wajib pada sesetengah keadaan. Mereka berkata: Wajib onani jika takut terjatuh dalam zina. Menggunakan kaedah qawaid fiqhiyah: Yang terlebih ringan daripada dua mudharat. Mereka berkata lagi: Tidak mengapa onani apabila bergelora syahwat dan tiada di sisinya isteri atau hamba.

Pandangan dari Mazhab Hanbali:Mengatakan haram onani. Melainkan boleh beronani jika takut diri berzina atau memudharatkan kesihatan ketika isteri atau hamba tiada di sisi dan tidak mampu untuk berkahwin. Mereka berkata: Mani adalah benda lebih daripada tubuh manusia. Maka boleh dibuangkannya dengan beberapa syarat-syarat tertentu.

Kesimpulan:
Daripada perbincangan dan perbahasan ulama-ulama mazhab di atas maka saya lebih cenderung untuk memilih pendapat yang mengatakan haram beronani (pendapat dari Mazhab Maliki dan Shafie) sama ada kepada lelaki ataupun perempuan. Ini disabitkan dengan dalil seperti yang telah dinyatakan di atas.



Pendapat saya ini juga disokong oleh pensyarah hadis kami iaitu Prof. Dr. Mahir Mansor Abdul Razak seperti yang terkandung di dalam kitabnya bertanjuk al-Syaz al-Fayah Min Ahadis al-Nikah.

SEKADAR PERINGATAN
Di sini saya bawakan juga beberapa hadis untuk peringatan dan renungan kita bersama dalam menghadapi persoalan onani ini. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Wahai sekalian pemuda yang mampu untuk mengeluarkan mahar maka kahwinlah. Maka sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka berpuasalah. Maka sesungguhnya (puasa) adalah perisai. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, al-Darimi, Ahmad)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Apabila seorang hamba Allah beristeri maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya. Oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka daripada dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.

Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).

CARA-CARA MENGHINDARI KETAGIHAN ONANI
Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri daripada terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:
1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.
2. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.
3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.
4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.
5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.
6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.
7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.
8. Berpuasa

Tuesday, May 26

suka duka dalam tempoh exam

salam sume kwn2ku,dah lma aku x main blog nih,biasa la kan,sibuk dengan exam.skrg nih,bulan mei dah nak abis dah pun,cepat toi masa berlalu.pejam celik,aku dah nak balik malaysia dah.erm,dalam tempoh exam nih,byk toi peristiwa2 yg baik,tapi yg x baik pun ada jer,biasa la,asam garam kehidupan.abis bulan5 nih,aku cuma tinggal 6 paper ja lagi sebelum nk merdeka,haha..erm,merdeka la sangat,time tuh la aku akan busy cari umah,pastu ada temu janji dengan orang arab..ha,nak buat ape tuh?? dating ka? xdela,camtu,cuma aku dengan muhsin kena ajar orang arab bhasa inggeris.cakap pasal exam nih,alhamdulillah,stakat nih,aku dapat jawab dengan baik,semua tuh sebab Allah yang tolong,aku cuma usaha ja,Allah yang bagi kan..tanpa pertolongan Allah,aku x akan berjaya.berbalik pasal benda yang tak berapa baik,aku dan wakil2 umah songo dah kehilangan FIDO,kwan kami yang cukup rapat masa dekat UKM.kami banyak abiskn masa bersama,makan sekali,ronda2 KL skali,sesat skali,tido skali,cuma mandi ja tempat lain2,haha.aku dan kawan2 x boleh buat apa2 dah dia nak balik kan,mungkin rezeki dia kat bumi Mesir nih,Allah bagi stakat tu ja,so,kena terima la.kita yang masih kat sini,teruskn perjuangan.Exam tinggal sebulan saja lagi,so,teruskan belajar tanpa rasa jemu dan malas,ingat Allah,ingat mak dan ayah,ingat kalau malas usaha,tak dapat nak balik,ha,sapa rugi..lepas usaha,tawakal byk2,sembahyang jgn la sorang2,pi masjid sembahyang tumpang ada kesihatan yang baik..ambik keredhaan Allah kat rumah Allah adalah yang terbaik.ok la kawan2,good luck untuk semua,harap batch tahun1 tahun nih lebih berkualiti dari batch sebelumnya,xnak dah dengar tsunami kena repeat nih,kita kena tunjuk budak melayu lagi hebat dari orang arab..MALAYSIA BOLEH..harap,bila keluar ja result nanti,ramai la yang akan lompat2 dapat result yang baik..usaha sungguh2 dgn diberkati Allah pasti berjaya,hafal ulang2,stadi jadi x guna kalau baca tak hafal..take care

Tuesday, May 19

Jaga2 musim panas dah melanda

salam alaik

hai,...ppekaba sumer pngunjung blog yg setia sumer?
hrp2 sumer still sihat walafiat slalu...insyaallah


so arni ak sajer mluangkan sket mse ak ni utk kongsi ngn korang bende baek nyer..haha
agk2 aper lar yer..
cam biase,tgk tjuk pon dah leh teka..kan?haha

hari ini ak nk bg tips sket kat korng especially pnuntut2 mesia yg dop kat negara 4 musim....musim panas dah mlnda..,so beware lar korng dgn kesihatan korng tu,..tambah2 lg ak tau korng tgh brtgkus lumus study utk exam final..hehe

tp arni ak just copy and paste jer lar ek...so camat mmbaca..haha

* Drink plenty of water; your body needs it to prevent dehydration during warm summer days. Take bottles of water with you, if you're going out for any length of time. Remember, infants and toddlers can become dehydrated much more easily than adults, so be sure they get lots of liquids.
* If you have asthma or other respiratory problems, watch the air quality report for the day. Limit your time outdoors on days that have moderate to poor air quality outlooks. Plus, don't forget to take your inhaler or other medication when you go out.
* Wear appropriate shoes for your outdoor activities. If you're doing a lot of walking or other sports activities, skip those stylish summer sandals. Avoid blisters and sprains by choosing a good pair of walking shoes. Wear them with comfortable, cotton socks.
* Take a rest. Don't push beyond your physical limits. At intervals, sit in a shady spot.
* Take cover. Sunburn is painful and unhealthy. Use a good sunscreen, and re-apply it frequently during the day. Also, wear a hat to keep cool and shaded.
* Wear light, loose-fitting clothing to help you stay cooler.
* Don't forget sunglasses to protect your eyes from the sun's UV rays.
* Maintain your energy level by limiting your intake of fat and sugar; focus on carbohydrates, fruits and vegetables.
* If you are traveling by air, put prescription drugs in your carry-on bag, not your checked luggage. Travelers and their baggage are sometimes parted, and it may be dangerous to skip even one dose.
* It is particularly important to bring medicines with you if you are traveling abroad. Drug names, doses, and availability differ in different countries, and in some parts of the world, drug safety and effectiveness may not be up to U.S. standards.
* Check the labels on your medicines for the possibility that they might increase your sensitivity to sun and/or heat.
* Don't store medicines in the trunk or glove compartment of your car or take them to the beach unless you will need them there. High heat and humidity can alter the potency of many drugs.
* If you are traveling with small children, make sure that all drugs are in containers with child-resistant caps. It may be difficult to keep medicine out of reach or under lock and key the way you would at home....



asif jiddan sbb post kali ni ak copy paste jer sbb x sempat...
cume niat ak nk kongsi ngn korng brg baek nyer...tu jer..
so long and take care

wslm

Saturday, May 16

Orang-orang Cemerlang Bersangka Baik Sepanjang Masa

hehe
salam alaik..
lame dah x sentuh blog sdrik..haha,memandangkan bln plajar2 medic mansura tgh brgelut dgn xm final..so wish utk kiteorg kejayaan mumtaz dan plg pntg ilmu yg dpt ni dberkati dan diredai ek..insyaallah ..ameen

arni sje nk bwk stu pesanan rngkas...bkn sms ek.so x prlu susah2 nk forward mggunakan kredit nda...ngeh3

spt yg didiskuskan ngn tjuk kat ats,org2 yg excellent atau cemerlang atau mumtaz atau per2 jer name yg brsngkut paut dgn nye mmpunyai kriteria trsendiri...

huh?!!APER AGK NYER YER..

isi trsurat nyer dah ader kat tjuk ats tu lor,..iaitu BERSANGKA BAIK SEPANJANG MASA...

nk brfikiran positif utk stu2 mse boleh jer nak wat tp utk maintain tu lar yg agk susah..camne ek agk2 anda nk kekalkannye...

so,first of all,all of u must be urself completely..slalu2lah brsikap baik spnjng mase,brckp yg baek2,dan brsgka yg baik dlm hati nda....bak kata org:

Always look to the bright side of your life!

....sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik. Sikap bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk, berterusan menjadi bertambah buruk jika Anda kekal bersangka buruk...



tu jer la kot...sje brceloteh jap hilngkn ketensenan diri....
best of luck 2 all my fren...
wslm