Wednesday, July 29

Bahagia dunia dan Akhirat

Celakanya, banyak manusia yang beranggapan bahawa syurga yang akan datang itu terpisah dari kehidupan sekarang ini. Syurga yang akan datang itu tidak terkait dengan bumi ini." Achmad Chojim, Membangun Syurga:Bagaimana Hidup Damai di Bumi Agar Damai Pula di Akhirat, Jakarta, Penerbit Pt Serambi, 2004, ms157.

Petikan itu memberikan kita pengajaran bahawa dengan melupakan kehidupan di dunia, kita tidak mungkin dapat memasuki syurga di akhirat. Ia mempunyai hubung kait yang erat, kerana kehidupan dunia dianggap sebagai jambatan kehidupan di akhirat.

Kehidupan di dunia dibahagikan kepada dunia dimensi, iaitu dimensi hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai pencipta dan dimensi kemanusiaan, hubungan bermasyarakat kerana manusia adalah makhluk bermasyarakat. Islam meletakkan kehidupan bersosial dan bermasyarakat kerana pengekalan ummah dan kesinambungannya adalah bergantung kepada kekuatan sosial ummah yang berkenaan.

Adalah tidak tepat bagi sesiapa pun untuk menolak dunia atas alasan demi keutamaan hidup di akhirat atau menolak akhirat untuk hidup selesa di dunia. Kerana itulah Islam membahagikan corak kehidupan ini kepada dua tanggungjawab yang saling berkaitan, iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Fardu ain lebih menitikberatkan tanggungjawab individu terhadap Allah SWT dan ia dinilai berdasarkan amal ibadat dan kepatuhan kepada "penyerahan diri".

Fardu kifayah pula meletakkan tanggungjawab sebagai ahli dalam kumpulan masyarakat, yang mana akan menentukan kelangsungan komuniti, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Melalui sumbangan individu sebagai ahli masyarakatlah maka terdirinya sesebuah tamadun dan kekuatan ummah.

Achmad Chojim mengulas "Umat Islam tertinggal dalam kehidupan dunia kerana umat Islam telah menceraikan iman dan akal fikiran. Dunia sebagai ladang bagi akhirat diabaikan. Padahal, fungsi akal fikiran adalah untuk menata dunia ini sebagai sarang bagi kehidupan manusia itu sendiri. Melupakan dunia bererti melupakan sarangnya.

Tanpa sarang, mana boleh bebas terbang di angkasa? Dunia adalah ladang dan akhirat merupakan tempat untuk menuai. Tanpa menggarap dunia dengan benar, bagaimana kita boleh ke syurga? Tanpa menanam, bagaimana kita dapat mengetam?"

Namun, terdapat dua keadaan yang berlawanan. Satu kumpulan manusia hanya menumpukan perhatian untuk ke akhirat dan satu kumpulan yang lain melupakan kehidupan akhirat, hanya menumpukan seluruh kemampuannya mendapat kedudukan terbaik didunia.

Bagi kumpulan yang menumpukan perjalanan akhirat, melupakan terus bahagiannya di dunia sehingga menyingkirkan diri daripada masyarakat, tidak berusaha memenuhi keperluan hidup. Hidupnya penuh dengan ibadat dan keperluannya seharian didermakan oleh orang lain. Seluruh masanya digunakan untuk beribadat atau bertapa. Inilah dua golongan manusia ekstrim yang menyempitkan keluasan, kesesuaian dan keunggulan Islam.

Menurut Ibnu Arabi, dunia ini adalah tempat kita diberi pelajaran dan harus pula menerima ujian. Ambillah yang kurang daripada yang lebih, di dalamnya. Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki walaupun apa yang dimiliki itu masih kurang berbanding orang lain. Kekurangan itu tidak pula bermakna dunia ini terlalu buruk, ia tetap menjadi ladang bagi hari akhirat.

Nabi Muhammad SAW pernah ditanya apa erti keduniaan itu? Rasulullah SAW menjawab: "Segala sesuatu yang menyebabkan kamu abai dan melupakan Tuhanmu." Kegiatan duniawi tidaklah buruk pada dirinya sendiri, tapi keburukannya terletak pada mereka yang lupa kepada Allah SWT.

Amal

Apabila seseorang itu beramal dengan amalan yang soleh ataupun melakukan sesuatu kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada dirinya dan masyarakat, maka individu itu dikira lebih baik daripada mereka yang tidak melakukan sesuatu amalan pun.

Ini kerana sumbangan itu memberi saham bagi menjamin kehidupan yang baik seperti yang dikehendaki oleh Islam dan perlu dihayati oleh manusia. Kebaikan diri individu dalam Islam selalunya dihubungkan dengan kebaikan manusia lain.

Neraca kebaikan itu pula ialah menjauhi diri daripada sebarang perkara buruk dan yang diharamkan oleh Allah SWT. Orang yang soleh bukanlah merupakan manusia yang panjang sujudnya. Ia juga bukan orang yang paling banyak kali mengerjakan haji tetapi ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Orang yang bertakwa tidak bererti mengabaikan kehidupan di dunia . Kehidupan dilaksanakan secara penuh bertakwa dan berhemat kerana ia yakin akan memperoleh berkat buat kehidupan di akhirat. Dia amat memahami bahawa hakikat, takwa adalah landasan kehidupan dunia dan akhirat sekaligus.

Allah SWT banyak membicarakan dalam al-Quran bahawa seseorang yang bertakwa akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Ini ditegaskan secara jelas berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat." Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka." Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (Surah al-Baqarah ayat 200-202).

Allah mengingatkan bahawa kita tidak boleh meninggalkan masalah dunia dan harus berbuat baik sebagaimana Allah SWT sudah berbuat baik kepada kita. Kita harus memahami bahawa kalau seseorang itu hanya menekankan satu aspek hidup iaitu dunia sahaja atau akhirat sahaja bererti ia sudah mengingkari perintah Allah SWT .

Allah telah berbuat baik kepada kita dengan cara menyediakan kebahagiaan dunia sekali gus akhirat.

Allah menegaskan dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud: "Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan."

Kalau kita tinggal di masjid berzikir dan berpuasa, tetapi nafkah kita ditanggung orang lain, adakah kita layak digelar mukmin sejati? Tidak ada jaminan. Saya tidak mengatakan itu buruk. Tetapi itu pasti bukan cara hidup Islam yang terbaik.

Hakikatnya hari ini ada sebahagian daripada para intelektual muslim bersikap prejudis, pengecut dan enggan untuk terlibat dalam kancah politik dunia bagi tujuan memperbetulkan situasi buruk (perpecahan) dengan memilih politik uzlah atau mengisolasi diri daripada terlibat dalam masalah duniawi. Malah ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan kebaikan hidup di akhirat dicerita dan diberikan ulasan yang difahami sebagai mencela dan mencerca dunia.

Kesannya ramai di kalangan mereka yang cuai dan mengabai tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, bahkan lupa kepada tugas yang dia dipertanggungjawabkan. Dan kita sering mendengar perkataan yang sangat popular iaitu dengar kata-kata mereka "dunia ini seperti bangkai dan mereka yang mencari dan menuntutnya adalah anjing."

Manusia diharamkan merendahkan diri terhadap alam raya ini sebab dengan dengan demikian itu manusia telah mempersendakan rencana dan ketentuan Allah SWT yang telah memuliakan dan melebihkan manusia terhadap semua makhluk-Nya yang lain. Sikap positif terhadap dunia inilah yang telah membuat para tabii di zaman antara abad pertama hingga abad keenam menjadi pelopor dalam memajukan sains dan teknologi

Di sini dapatlah difahami bahawa definasi agama itu bukanlah ibadat ritual sahaja seperti yang disangka oleh segolongan mereka yang menolak kemajuan, malah ajaran agama itu merangkumi segala kegiatan hidup dunia dan akhirat (the way of life), hidup dan mati kita seluruhnya hanya untuk Allah Tuhan semesta 'alam.

ISLAM DI HINA DI MALAYSIA

بِسْمِ للَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti
Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-
tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 12 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1)
Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
-
Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2)
Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan.

3)
Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4)
Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5)
Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6)
Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7)
Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8)
Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9)
Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10)
Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11)
Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12)
Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Tuesday, July 21

15 tanda kematian mulia

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.


Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah