Sunday, June 7
Nak Duduk Pun Kena Tengok Tempatnya…
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah. *
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya. *
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan (bukan muhrim), akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya. *
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau. *
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat. *
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat. *
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama, maka bertambahlah ilmu dan waraknya.*
Saturday, June 6
Temuduga Jawatan Kosong
Temuduga Sebagai : Calon Jenazah
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dila ntik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Semoga semua dapat ambil iktibar..Temuduga kerja, ramai berebut. Tapi kalau temuduga ni, berapa ramai yang berebut??
Wednesday, June 3
I miss this spot!...
huh..it's been a while since i wrote something for this blog..al-maklum la..org busy ni( physio tak cover2 lg..huhuhu)
even now..i'm still couldn't think of something to be put here..huhuhu...sorry Songo's brotherhood..
k...till then..have a nice day...goodlark & goodluck..do yer best for this final(da sparuh jalan da...huhuhu)..
salam...
rock rock jugak, iman kna isik...:D
Tuesday, June 2
jenis2 anak syaitan yg durjana!!taik idung masin!!!
9 jenis anak syaitan
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
warkah untuk semua...!!!
alhamudulilah..huhuhu dah lame x up date blog..maklumlahkan buzzy sikit(yer ar tu sikit!!..banyk oo0)
macam2 telah berlaku dalam tempoh yg x sampai setahun d mesir ni kan...pejam kelip..pejam kelip..dah nak abih
dah tahun pertama..huhuhuhuhu=>
ape yg sedih ye...ahli bait dr songo atau dikenali sebagai A8 x lama lagi akan berpindah dan bepecah mengikut
laluan masing2..waaaaaa=(...sob..sob..sobT_T
kenangan bersame..suke duke..bergurau senda...bertumbuk tumbuk...maen wrestling...maen sumo ngan
capik..maen masak2(kuih butang...donat keras songo...jejemput2 spegeti lembik...kek tango batu...hahaha(tah
sape yg jadi chef nih..aku jadi chef assistant je..=P)..ape lagi ??? maen bogel2 kan owang..wakakakak..hilang
teruna wei....!!! so..macam2 lagi..mungkin akan jadi sejarah yg x mungkin akan hilang...dr song0 akn tetap dr
songo juge...so nanti kalo dah berpindah..jgn lupe lah nak ziarah2..update2 blog..masak kan untuk
akuh!!!hehehe=) jgn lupe kite punye goal...target mumtaz setiap sem..setiap tahun...wisu u all gd luck!!!
jadi doktor yg best yg di redhai oleh allah insya allah...=)
membe2 dr songo: [yg hensem2..sebahagian masih single mingle lagi!!!so cepat ] [ sebelum penuh!!!=P ]
syam
pa'an
capik-
daus
afiq Sem0ge bErjaya dunIa akHiraT!!!!
naim
amar
sein
fadhli
solat jgn lupe keng kawan..especially time subuh...work hard sikit supaya dapat solat
subuh awal..ingat2 kan lah yg laen..supaya nanti allah sayang kite!!!
.::ni termasuk aku sekali nih..selalu solat lewat!!!hahahahaha=)::.


