Sunday, October 31

kuatkan minda dgn selawat!

@ اللهم صل و سلم و بارك على سىدنا محمد وآ له كما لا نهاىة لكمالك وعدد كماله @


mnafaat nyer...
  • mendapat selawat dari Allah
  • menguatkan ingatan
  • mencerhkan akal
  • memberi ketenangan jiwa
  • memberi nur kpd zahir dan batin
  • melepaskan diri dr kesulitan hidup
  • membuka pintu kebaikan
  • menyembuhkan penyakit
  • mendapat keampunan
  • mendapat syafaat allah
imej diri manusia cemerlang...
  • 1. ceria
  • 2. senyuman
  • 3.bersih (zahir dan batin)
keperluan hati...
  • 1. sangat memerlukan ILMU
  • 2.Iman
  • 3.Al-Quran
  • 4.Zikrullah
  • 5.peringatan terhadap akhirat
  • 6. Kasih sayang (kepada Allah, rasul dan ibu bapa)
  • kalau tidak mendapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat.


fuh!


pergi ke kls balik, mkn, main computer, tidur, dan melepak ini lah rutin harian aku selama lebih kurang 4 minggu sehingga selesai case 4 manchester prog. mungkin lebih sikit..

buku?

jgn kate kan buku kertas case pon x usik, bile mase untuk pbl baru lah tergopoh gapah mencari cari kertas..huhu...ape nk jadi lah..

mcm mane cool x...?apee yg cool nye pon aku x tau...T_T'

hari ni hari ahad...mungkin akn berakhir (bendera putih hampir patah dah)...exam just around the corner! aku kene bertukar jadi ultraman balik...hehehe

akhir kate kalo korg jatuh tersungkur bgn lah balik kalo ade luka insya allah baik...!
renung2 kan
x_x'


Thursday, October 21

syair kesedaran...=)



syair kesedaran

wahai pemuda serta pemudi (*) harapan bangsa tiang negeri
jangan leka berhias diri (*) amal ibadat segera dicari
kepada allah jangan berhenti (*) menjungjung titah berbuat bakti
dosa maksiat jangan kita campuri (*) terbakar kulit dijilat api
ingat kita kpd tuhan (*) jangan leka minum dan makan
amal ibadat kumpul-kumpulkan (*) dosa maksiat jauh-jauhkan
bila tiba insafnya diri (*) kain putih pembalut badan
tinggal semua yg kita cintai (*) berbakti hidup sepanjang zaman
tua muda miskin dan kaya (*) habis sudah meninggal dunia
didalam kubur tempatnya dia (*) sakit dan senang kembali amalnya
bila tiba ajalnya mati (*) tinggal anak saudara dan saudari
air mata mengalir ke pipi (*) tidak boleh minta kembali
bila tiba ke liang lahad (*) baru nak ingat buat ibadat
sedekah puasa sembahyang dan zakat (*) tapi semuanya sudah terlambat


*maksud ayat alquran dalam surah asy-syu'ara', allah taala mencerca org yg petah dalam bersajak dan bersyair yg meleka dan melalikan pendengaran dari mengigat allah dan negeri akhirat. tetapi allah taala memuji seseorang penyajak dan penyair yg membawa pendengaran supaya mengenang mati serta bertakwa kpd allah.

Wednesday, October 20

seni Islam?

salam..
welcome backk...
just want to share some pic with u all ..
plik nyer zmn moden skrng nih..haha




per pendapat korng?


tepuk dada ty iman..fullstop

4 ISTERI.....Jagalah Yg PERTAMA (*_*)

بِسْمِ للَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Suatu ketika, ade seorang pedagang kaya yang menpunyai 4 orang isteri. Dia mencintai isteri yg keempat dan memberikan harta dan kesenangan yg banyak kepadanye. Sebab isteri keempat adalah yg tercantik antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan pedagang itu sering memberikan yg terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, ku berikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan ku buatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan ku biarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kubur mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Monday, October 18

Kemana perginye kejujuran kita !!!!!

بِسْمِ للَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Bila dgrje org ckp pasal kejujuran, aku naik meluat.....
Kat Malaysia atau kat Mesir, same je......
Mcm mane la kita nak tau kejujuran org ni kan.....
Susah ke org nak bersikap jujur sesama sendiri sekarang ni.....
Kalau dah ckp nak bayar gaji tengah bulan, bayar la tengah bulan kan.....Nape x byr2 lagi?
Kalau ckp nak tolong buat sesuatu, buat la apa yg kita ckpkan.....Nape nak bagi alasan plak lpas tukan?
Susah ke nak bersikap jujur ni.....
Ape nak jadi ni.....

Friday, October 8

hip2 hooray

haha

finally,,..photoprinting menjadi beb..
terbaik a gua ckp lu...mmg smart a..




cam poskad pun ad


hasil photoprint yg menjadi selepas beberapa kali percubaan...

bersenam



salam.
alhamdulilllah
ni adalah post 1st kat bumi mesir lepas cuti 3 bln utk tahun 2010
hehe..
act,ak x de modal nk kongsi..
tp memandangkan tgn gatal gak nk isi blog nih..so pe lg kan..hehe

tggl sittah oktober aritu,,bg negara berdebu nih,,kite org bernasib baik kerana diberi cuti,so bg mnghabiskan mase yg terluang n nk bg peluh sket.,
kiteorng dgn sukacitenyer melawat 'our collegue'(hehe) utk berpesta dgn Permainan Seni 3(PS3) g 'kurus' nyer..haha

ak nk publish gambar yg berMpxl rendah jer,,sedikit blur yg sempat dicapture time kiteorng beraksi..,sori lar bg karekter yg ad dlm gamba nih yer..hehe(kasi up sket populariti korng,)

enjoy...

hiyah!!

zasss!

Thursday, October 7

jatuh bangun kembali...!

saya tadi jatuh basikal...
pergh...terbaring oooo...
huhuhuhu...
segan2

x

Friday, October 1

Beg oh Beg!!! Barang oh Barang!!! Mana kamu?????

بِسْمِ للَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Today is the third day.....
Yesterday they called us saying our belongings have been found n they will sent it within 4 hours.....
But, that was 4 pm yesterday.....
Ni dah 12 jam lebih.....
Ape punye Arab Mesir la ni.....
Sume orang dah tumbuh ekor dah ni.....
Afiq dah takde baju nak pakai.....
The things about Arab ni yg pasti, korang should never expect anything from ARABs.....
Sume orang ARABs same je.....
Aku dah naik bosan, nak marah pun x gune.....
Minta2 la all the lost things will be send back to us real soon.....
Pray to ALLAH.....
AMEEN.....