Thursday, August 13

perjalanan jauh x ku rase!!!

alhamdullilah...
wat kali ke..(ah..aku lupe)aku menulis lagi dalam blog nih..
cuti sem kali ni sungguh menyeronokkan...walau pun kini aku sudah berade d sudan..
tapi hati ku sentiase terhibur bile mengenang kembali mase sewaktu ku d malaysia dahulu...(hahahahahaha...ayat x leh bla)
tapi ape pon aku sempat bertemeu ngan kawan2 aku d mesir...berjalan-jalan d low yatt mencari printer(syafiq nak beli sbb nk print borang JPA)..pastu p times square...sewaktu ku d time square...perasan ku membuak2 secara tibe2 kerana aku telah menjuarai permainan bowling 2 kali berturut tanpa saingan....wahahahaaakakakakakakak....syafiq dan arham kalah teruk dan hampir membunuh diri..huhhu=P(peace)..dan sebelum pulang kami singgah membeli buku d syarikat kamal....kami terpaksa menaiki train kerana syafiq x membawa kerete lumba(proton saga modified punye) nye bersame same.
kami pulang dgn keadaan hati yg terhibur!!!
begitu lah seronok nye..!

Monday, August 10

MENANGANI SELESEMA BABI

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut :
1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi SAW. Nabi SAW bersabda :


فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)


Ini adalah suruhan Nabi SAW kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.
2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi SAW menafikan penularan ini :


لاَ عَدْوَى

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)


Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya.
Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.
3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah SWT. Jabir bin Abdullah RA telah meriwayatkan :


أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

” Sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi SAW bersabda : “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (HR Tirmizi)


Oleh itu sesiapa yang bertanggung jawab untuk bersama pesakit yang berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dengan Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.
4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yang sihat (isolation).
Nabi saw bersabda :

لا يوردن ممرض على مصح

“Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (HR Bukhari)


Nabi saw bersabda:


كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين

“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (HR Abu Nu’aim)


Hadith-hadith ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yang berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.
Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.
5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.
Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit.
Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yang sihat.
Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masih lagi diperingkat permulaan.
Nabi saw bersabda :


الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه

“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambaNya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (HR Muslim)


6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).
Aisyah ra bertanya berkata :


سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (HR Bukhari)


7. Islam menggalakkan umatnya berusaha mengelakkan dari penyakit. Antara usahanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak.
Ini jelas apa yang berlaku kepada Saidina Umar ketika beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata :


أفرارا من قدر الله؟

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”
Umar menjawab :
لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله
“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (HR Bukhari)


8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.
Mazhab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut.
Mazhab Hambali menyatakan bahawa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman Saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.
9. Sengaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.
Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:


لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)


Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa sengaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat.
Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.
Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati

GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.

Wallahualam

awAr3...


salam alaik..
just post pendek kali nih..
its bout kurma yahudi..
dpt info nih mase berenang-renang kat internet..hope korng aware~

Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati.....
....be careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi
dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di
Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas
di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai
oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa
Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang
Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas
dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi..

::pluck from halaqah.net::

*__t

Sunday, August 2

semangat !!!

salam ak muhammad syafiq bin rosli
1st time agaknya menaip blogg ni
sbb ak amat terharu ngan semangat beliau2
maka ak kongsi seket kisah cerita tersemangat ni
terimaalah ..



pastense ... wei korg dtglahhh rumah ak 2 ogos ni kakak ak kahwin ....
FB (bukan facebook but feedb) ....
Afiq .... okeh no halllll ak dtg ngan naqi ...
aku ..... ko tau jalan ?
afiq .....alah bole cari aaa no halll
naqi .....insyaAllah ak dtg (sedap sikit bunyi imam besar kiter ni)
budak kedah ... okeh nanti ak dtg ngan anas , tp ak mana tau umah koo ( ak pon malas nak gtau mana umah ak mmg xdenya ko jejak)
daus .... hek3 ty coz jmput (dgn nada mmg x le dtg)
hisyam.... diam je mcm bese wooden pc alasn diee
paan ... ok ak nek ktm dont worry (dgan selamberrr,,, ulang dgn selamberrr )
naim ..... haaaa baik ak amek afiq kat shah alam bawak g ijok !!!! (dgn yakin)



jeng3
setibanya dua ogos .... bukan nak kata hidung2 diorg malahan msg diorg pon x kelihatan sama sekali bravoooo
semangat dah ada mgkin la ada hal laaa kotttttt
apapun tahniah atas smgat anda lbh3 lg naim .... anda mmg bersmangat
walau pon peribahasa ad mnyebot hangat2 tahi ayam tetapi smgt anda suma amat ak tersanjung ....... maka untuk disanjungi bukan tersanjung mari la kita dah alang2 semangat kita salurkan sedikit usaha supaya kita luar biasa bagus bak kata hm tuah .... renug2kan dan selamat merenung ...