Sunday, February 20

"kecilnya dunia vs minda mengecil"

Baru - baru ini aku mendengar khabar yang enak didengar. Ada pusat bowling dan wayang yang baru dibina dan sudah pon dibuka di pekan yang jarang - jarang didengari iaitu Kuala Selangor, ianya sangat hampir dengan tempat tinggalku.

Apa yang lebih membuatkan aku teruja, 1 set untuk bowling hanya 4 ringgit malaysia sahaja, bukan itu sahaja malahan jika kita bermain 1 set free 1 set. main 2 set free 2 set hingalah kita penat tidak kisahla berapa sekalipun. Sebelum ak sampai ke sana aku amat gembira dengan promosi ini. Tapi lain jadinya bila aku jejak ke sana. Aku menjadi tidak senang dengan harga yang murah itu. Kenapa agaknya? Dah murah pon tak senang ? YE ak memang gembira mendengar harga semurah itu. Tapi kalau korang. korang gembira ke? 2 kali ak pergi bukan sekadar line bowling itu penuh malah line nak beratur pon penuh =O.

Geram dengan situasi sebegitu aku memilih untuk melihat gelagat bowler di situ. Sedang ak meninjau-ninjau ak tertarik melihat seorang wanita ini. Ianya memang unik berbanding lelaki. Tapi itu tidak dipersoalkan, aku seperti pernah jumpa beliau. Aku menjadi stalker seketika sambil memikir adakah dia pelanduk dua serupa atau dia memang betul-betul seperti yang aku agakkan.

Sahaja ak melepak di sekitar dia. mengharapkan dia sedar dengan kemunculan aku disitu. Bila habis turn dia baling, dia menoleh dan melihat aku. Ok dia agak malu dan mengambil tempat duduknya. Terus die menjeling aku dan datang ke arahku. Ye ak tidak silap satu batch dengan ak rupanya university Mansoura = =". Rupa - rupanya dia juga tinggal berdekatan. Kecilnya dunia hatiku berkata ... Kami berborak sebentar dan ak beransur pergi dengan harapan esok lusa dapat berjumpa lagi eh tidak, esok lusa dapat bermain bowling.

ah lupakan, yang penting ak tidak dapat bermain lagi

Esok kalau tak dapat main juga memang tahun depan sahaja aku menjengah ke sini. Kalau penuh jugak memang diorg ni ak cop hobi bermain bowling "hari-hari" = =". Sekian terima kasih

Oh ak menceritakan kepada ayahku tentang perempuan tadi. Dengan slumber ayahku berkata Oh dia ke ? Kawan ayah punya anak tu. Mak dia ... bla3 .. Oh rupanya dunia ni kecik atau minda aku yang mengecil =.=. Tapi orang tua lebih makan asam garam bukan? so, bukan salahku untuk tidak ambil tahu .. sekian

2 sermon of mummies:

cek chun said...

wahhhh.. nanti boleh jumpa lagi kat mesir :)

gigiAriEma said...

eh2..jodoh kamo ape..ngee... :) :)

Post a Comment