Friday, February 11

MALAYSIA

Aman, Makmur, Sentosa akhirnya aku jejak tanah tumpahnya darahku Malaysia… Akhirnya segala keserabutan di Mesir, Jeddah ak cicirkan seketika …

Happy? Senang hati? Aneh perasaan ak sekarang bercampur baur. Tidak gembira tidak sedih, ak bersyukur selamat sampai. Ak tidak gembira kerana kelaz akan bermula minggu depan. Tidak seperti cairo, Mansoura masih aman tidak ada apa untuk ditakutkan.

Tapi apakan daya bila parents sudah risau kita harus ikut sahaja kata mereka. Ini semua gara - gara pelajar mansurah yang balik awal membesar - besarkan cerita diakhbar = =". Pantang ditemuramah semuanya akan dicerita supaya sedap didengar. Aku x kisah kalau ianya betul, tapi semuanya 'puppet'.

Antara yang ditulis dalam akhbar

1. kereta kebal lalu lalang di mansurah

- ok fine ada sebijik je yang ak nampak kat mansurah, aneh tak pernah pon bergerak dari 1 tempat. Malah kereta kebal tu boleh lagi pelajar malaysia pergi tangkap gambar = =" kalau macam ni boleh dikelaskan sebagai bahaya ke =O

2. Banduan terlepas dan membuat huru hara

- sepanjang ak disana keluar bersiar siar ke rumah kawan atau ke masjid, bukan sekadar sekali malah tidak pernah ku nampak banduan banduan ini menghuru harakan mansurah =O outa

3. Kami tidur beramai - ramai bersenjatakan pisau

- haha this one seriously funny, jangan sampai masuk berita pelajar mansurah maut akibat tercucuk ketika tidur besama pisau sudah. lain pulak ceritanya nanti

uuuuuu jenuh ak meyakinkan ayahku nothing happen tp sedikit pon tidak diendah = =". Ayahku lebih percayakan pelajar mansurah itu daripada aku. takkan ak nak bergurau bab bab macam ni. Tak pasal - pasal burn trip songo ke turki, jordan, syria dan lubnan. kalau sekadar tiket ak boleh berbalah dengan hotel untuk 2 minggu pon nak burn memang ak nak geram. tak mengapa nanti ak cutkan gambar ak masuk picture kat turki, buat2 pegi sudah ..

ah lupakan ....

Kepada kawan2 yang masih kat jeddah, bersabarla sambil makan makanan tentera yg bermacam macam tu. kuah kacang, sambal sotong memang sedap bunyinya ak pon dah tertipu. sedangkan kuah kacang yang tahan semiggu korang x larat makan ini kan yang tahan 3 tahun apa rasa = =? Apapun kami bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia. Ini bukan berpolitik ye .

Kepada kawan2 songo kalau dah sampai Malaysia nanti silalah YM mana tahu kita boleh buat rusuhan pulak kat sini so kita dapat balik free nanti ke egypt =D

5 sermon of mummies:

Zaiya said...

hahahhaha... lucu.. buat rusuhan utk tiket.. lucuuuu.. paling lucu..

Songo said...

@Zaiyaapakah = =?

bELsibDkbAik said...

welkem bck 2 m'sia...

syahira ariff said...

hahahaha
ok
cairo lgi sulit sket kot dr mansoura

Songo said...

@syahira ariffkami memang sedia maklum dan bersimpati keatas nasib puan =D

Post a Comment