Salam mubarakat..it's me again..this time in malay..ok la
..kali ni mari la kita merenung kembali perkara yg sering kita lalai nak jaga..tak len tak bukan..AURAT
aurat ni telah ditetapkn seperti berikut:
aurat bagi lelaki adalah:
- dari pusat hingga ke lutut kepada sesiapa pun, tetapi
- tiada auratnya bagi isterinya...
aurat perempuan pulak:
- aurat menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan dan belakang tapak tangan(atas ijtihad Ulama')..muka dan tapak tangan sahaja..kaki kena tutup jugak..
- menutup aurat dari pusat hingga lutut hanya kepada mahramnya...
- tiada aurat seorang isteri itu bagi suaminya...
yg paling pnting,
Aurat itu adalah Haram diperlihatkan...
Cukuplah pengelasan major ini sahaja yang ingin saya beritahu, walaupun di sana ada perbahasan-perbahasan antara Ulama' terhadap pengelasan aurat seseorang...
Pengelasan-pengelasan yang saya nyatakan di atas tadi rasanya tak perlulah saya jelas dengan lebih lanjut kerana saya yakin semuanya telah faham..
Ok la, bagi kenyataan "menutup aurat ialah melindungi tubuh badan dengan kain-kain(atau yang seumpama dengannya)",
Apakah korang semua dapat memikirkan kefahaman ini digunakan oleh orang-orang kafir untuk memesongkan akidah umat Islam...
Fikir seketika...
Begitu juga tentang kenyataan "menutup aurat ialah menutup kulit(atau yang seumpama dengannya)", aurat lelaki dari pusat hingga lutut dan perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan...
Maka, wujud la pakaian-pakaian yang pada pandangan kasarnya seperti menutup aurat tetapi tidak...
Kenapa saya berkata begitu, sebab mata kepala saya sendiri menyaksikan perkara ini... Astaghfirullahal'azim...
Pakaian itu yang ada di super market, mini market, atau mana-mana kedai yang menjual pakaian-pakaian yang
-KETAT
-kalau tak KETAT, kainnya yang JARANG
-tudung pula hanya sekadar dijadikan untuk menutup kepala, tengkuk tidak ditutup.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak iaitu wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka.”
Lagi firman Allah:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”
Maksud ayat itu sangat jelas, namun seolah-olah belum dapat difahami wanita. Buktinya mereka tidak mematuhi arahan menutup aurat itu sepenuhnya. Malah, ramai yang langsung tidak menghiraukannya.
Mereka sebenarnya mempersendakan hukum Allah apabila menutup kepala dan rambut sepenuhnya tetapi masih memperlihatkan bentuk anggota badan dalam pakaian yang ketat sendat atau mendedahkan bahagian anggota lain seperti kedua belah betis apabila memakai seluar, skirt atau sarung sempit yang berbelah di bawah.
Masih ramai lagi wanita yang enggan memakai tudung kepala, atau hanya menutup kepala dengan kelubung kecil, menampakkan bahagian depan dan ekor rambut. Ia juga adalah perbuatan yang boleh dianggap sebagai mempersendakan hukum Allah.
Ijtihad para alim Ulama' mengatakan sesiapa mempersendakan hukum-hakam Allahu Ta'ala, maka telah kafir dia...
Nau'zubillahimin Zalik...
Demikian juga dengan amalan memakai tudung kepala pelbagai bentuk dan fesyen. Walaupun mereka berjaya menutup kepala dan rambut, namun masih mendedahkan tengkuk, leher, lengan serta sebahagian dada atau memperlihatkan bentuk dada dalam baju yang ketat.
Yang tak tutup aurat tu, semoga Allah berikan Hidayah kepadanya...
Dalam perbahasan Ulama', hukum perempuan yang memakai seluar ketat yang menampakkan bentuk aurat mereka terutamanya dibahagian punggung adalah HARAM!!!
Dan bagi lelaki pula hukumnya adalah MAKRUH
Buat apa kita buat perkara yang Allah benci, yang Allah murkai, laknat ke atas mereka oleh sekalian Malaikat yang melihatnya...
Sementara itu dalil daripada hadis yang menyentuh tentang kewajipan menutup aurat itu ialah yang diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya:
Maksudnya: “Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Allah itu lebih berhak dimalui daripada manusia.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan di atas, jelas menunjukkan tentang kewajipan menutup aurat dan bahkan juga dalam keadaan bersendirian walaupun di tempat yang tertutup.
Perbetulkanlah... Didalam dunia kita boleh patah balik,
di Akhirat tiada jalan undur... Syurga atau Neraka tempat akhirnya untuk kita...
Pakailah pakaian yang labuh(tidak ketat) baik lelaki atau perempuan...cantik tu boleh..tapi jadikan itu perkara kedua
Ini bagi yang melepasi ciri fizikal sebagai orang Islam yang beriman...
Alhamdulillah dan tahniah kepada yang mengikut landasan syarak dari segi berpakaian...
Tetapi apakah korg fikir dengan menutup aurat fizikal sudah cukup untuk mendapat tiket ke Syurga Allah S.W.T?
Fikirkan berkali-kali
Ok, sekarang mari kita masuk ke dalam sedikit tentang hukum aurat dari segi pandangan ijma' dan qias para alim Ulama'...
Pernah atau tidak kamu mendengar suatu hadis yang popular yang bunyinya lebih kurang "Suara perempuan itu aurat"...
Hadis diatas bersangkutan dengan firman Allah:
“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]
Dalam bahagian di atas sudah saya sebutkan perkara menutup aurat dengan berpakaian. Tetapi sekarang kita lihat aurat dalam diri kita...
Maka penerangan dalam Hadis dan Al-Quran menunjukkan terjadinya aurat suara sebab dengan manja, merayu, dan sebagainya...
Maka daripada suara-suara itulah menjadikan penyakit hati nafsu hati terutama bagi lelaki kerana di dalam suatu surah Allah menyatakan bahawa Allah menciptakan perempuan itu untuk dikasihi oleh lelaki... Allahu rabbi...
Dan ayat Al-Quran ini dikhaskan untuk peringatan bagi perempuan...
Dan suara itu dari mulut...
Ketahuilah wahai sahabatku, adapun terciptanya Neraka itu 7 bilangannya adalah juga sebab terciptanya 7 anggota badan manusia iaitu:
-mata
-telinga
-mulut
-perut
-kemaluan
-tangan
-kaki
Aurat tentang ketujuh-tujuh anggota ini dari segi Islam ialah melakukan perkara yang Haram.
Bingung, tak faham, apa kena mengena pulak?
Baiklah, saya akan terangkan secara ringkas tentang aurat dari setiap 7 anggota yag saya nyatakan diatas...
-Aurat mata ialah memandang akan perkara maksiat seperti perempuan atau lelaki yang tidak tutup aurat dsb...
-Aurat telinga ialah mendengar akan perbualan mengumpat, fitnah dsb...
-Aurat mulut ialah mengucapkan perkara yang sia-sia seperti menyebar fitnah, mengumpat dsb...
-Aurat perut ialah makan makanan haram seperti arak, makanan hasil pencurian, dsb...
-Aurat kemaluan seperti melakukan zina dsb...
-Aurat tangan seperti mencuri, membunuh, berjudi dsb
-Aurat kaki ialah pergi ketempat maksiat
Akihrnya kesan daripada aurat ini tidak lain tidak bukan hanyalah akan jatuh ke HATI seseorang itu...
Kemudian lalailah kita kepada Pencipta kita iaitu Allh S.W.T...
Apa yang saya nak sangat tekankan kepada kamu wahai sahabat ialah jaga tiga anggota di kepala kita ini...
Kenapa?, sebab 3 anggota inilah yang paling mudah untuk membuka auratnya...
Kita pasti tidak makan makanan haram, tidak membunuh, tidak ke tempat maksiat, ataupun tidak berzina, tetapi adakah kita rasa kita tidak akan mengata orang, tidak melihat akan maksiat, tidak mendengar perkara yang tidak elok...?
Aurat matalah yang paling saya takuti kerana walaupun saya bersendirian(duduk jauh dari khalayak ramai) tetapi mata saya boleh sampai ketengah-tengah masyarakat...
Ustaz saya selalu berpesan, jagalah mata...
Cukuplah salah satu aurat yang kita ingkar kepada Allahu Ta'ala, maka Nerakalah yang lebih layak untuk kita...
Persoalkan diri kita dengan ilmu agama...
Insya Allah, Apa yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk datangnya dari diri saya walaupun hakikatnya datang dari Allah jua...maaf la kalau penerangan saya lebih menjurus kepada kaum hawa..bukan apa, aurat perempuan itu lebih berat lagi untuk diberi perhatian dari lelaki..
Wassalam..
Saturday, January 17
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 sermon of mummies:
Post a Comment