Tuesday, February 10

PaKU D diNdiNg......!!!


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat Mengawal

kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu Hari,

bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini

ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan

rumah Kita ini, Bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada Hari yang pertama sahaja,

Pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa

minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, Jumlah paku yang digunakan juga

berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku

Menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu Hari, Dimana pemuda tersebut tidak

marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah Dan menyuruh dia mencabut kembali Paku itu satu persatu, pada

setiap Hari yang IA lalui tanpa kemarahan. Hari berganti Hari, Dan akhirnya dia berjaya mencabut

kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya

dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut Dan berkata '"Kau

telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan Lubang-lubang di tembok batu

tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan Sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan

sesuatu atau melakukan Sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut Dan luka,

sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau Dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak

kesah berapa kali kau memohon maaf Dan menyesal Atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap

Ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal'''.

0 sermon of mummies:

Post a Comment