سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم
Aku dan Su
Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya pagi tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tadi, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul 10. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk.
Aku dan Zu
Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul dua. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Pak Arab depan Istad. Ala, kedai runcit tu. Lepas pekene roti cokelat, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.
Aku dan As
As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi rumah kawan. Takpun, aku layan movie ngan kawan2. Tengok movie, mesti lajak sejam dua punya. Kalau movie 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi.
Aku dan Mag
Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Dari petang tadi duk layan movie & sembang2. Kalau aku balik awal, alamat tak tau la aku ending movie & gosip2 semasa. Lpas sampai je rumah lpas tu, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa badan panas2 kan, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.
Aku dan Is
Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul sembilan. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.
Korang semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is, masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.....
Korang semua janganlah jadi macam aku.....
Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga.....
Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti......
Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.....
Exam tinggal 23 harije lagi.....
Korang suma kawan2 Mansura-Manchester ku dah stary ulangkaji blum?
Ulangkaji tau, jangan tak ulangkaji.....
0 sermon of mummies:
Post a Comment