Tuesday, January 25

Erti kawan

diam diam esok berakhirnya peperiksaan akhir semester 5 university mansoura. Tapi kali ni situasinya pelik sikit, ye memang aneh. ak boleh kata hampir semua orang x endah pasal paper last ni. apasal ah? senang sangat ke OSCE ni ?

termasuk aku, ak langsung x kesah dengan paper esok. sebab group ak lusa bukan esok. So ak tukaar balik, diam diam lusa berakhirnya peperiksaan akhir semester 5 university mansoura.... logik sikit bunyinya.

Untuk sesiapa yang tertanya tanya apa itu OSCE, OSCE adalah Objective Structured Clinical Exams. sebenarnya ak pon baru tahu apa maksud OSCE ni kat google walaupon ni kali ke 5 ak akan mendudukinya = =". Ak mengaku ak memang x ambik tahu .. Sbb bagi aku kalau ko tau OSCE tu apa pon takkan membantu setitik zarah pon semasa ko menjawabnya. Masa ni suma orang sangat suke melihat gambar gambar practical lebih dari gambar dekat facebook. Segala pelusuk gambar yang berkaitan perubatan dijeling takot2 keluar kat osce.

Tapi perkara yang paling aneh kat sini. Kenapa suma org berpeluh peluh stdy untuk merebut markah yang susah nak dapat macam MCQ and essay. Tapi last2 tak suma markah tu diorg dapat. Dan bila sampai turn exam yang mudah sikit ni suma orang jadi sengal sengal badan akibat terlebih rehat, dan bila exam barula menyesal tidak merebut markah yg boleh kata senang nak dpat ni. Kadang kadang ak makin tidak memahami perangai manusia ni termasuk diri ak sendiri.

Ah lupakan ...

Untuk sapa sapa yang menduduki exam ni esok (GROUP1) ak mengucapkan all d best terutamanya kepada AFIQ salah seorang member songo. Ak tau AFIQ ni memang baik orangnya, budi pekerti pon terbaik, hensem, tak kuat makan dan sopan santun orangnya.

AFIQ ak x mintak lebih sebab memuji ko kat sini. Tak perlula susah susah kita nak pergi KFC ataupon Pizza Hut. Cuma satu benda je yang ak harapkan.Aku cuma ak nak hint je apa soalan yg mirip2 kuar untuk osce ak lusa. Ak tau ko pasti akan bagi sbb ko lah kawan aku yang selalu mengajar ak apa erti kawan


Monday, January 24

Stdy Hardcore

Ak pon heran, kenapa ak hairan sangat ni? Tiap2 akhir sem mesti jadi macam ni . Perlu ke bilik menjadi mangsa study hujung sem ni? Asal study week je bilik sepesen je. Mana2 pegi pon lebih kurang je .. Ke ak je yang berjaya menyepahkan bilik aku tahap sarang tikus disaat- saat tengah exm ni? Tapi ak yakin kalau tikus tengok pon die akan maki-maki aku sebab terlalu sepah. Nasib baik xde tikus kalau ada tikus memang ak ajak pochi ( kucing sebelah rumah) datang tidor dgan aku.

Kebiasaannya masa ni bilik pasti penuh dengan paper paper yg sebelum ni x penah ada pon jadi ada. ak dah rasa mcam pegi jual paper kat kedai kitar semula pon ada... Tapi yang hairan adalah sorang dua rakan aku bila tengok je bilik ak mcm ni die mula la cakap benda yang membuat hati ak x senang. ye memang hati ak x senang.

Kalau korang senang ke hati ? agak-agak? tengah korang kelam kabut stdy diorang boleh kata "peh bilik penuh buku, hardcore gile stdy mesti power ni" . Dengan muka yang sinisnya, ak rasa nak salam je rakan-rakan aku ni.

Kalau bilik bersepah tu stdy hardcore, ak nekad next sem . dari awal-awal sem lagi ak akan susunkan paper pbl ak atas lantai biar penuh satu lantai ak dgn paper.

Tapi buat masa skrang ak nak kemas, ak xnak tido sama dengan pochi nanti.

Saturday, January 22

Stress?

hari sebelum semalam, adalah hari yang ditunggu tunggu oleh mat2 pusher mansoura . menjadi pusher sejati pabila stdy week menjelma sudah menjadi rutin bagi kebanyakan pusher2 tanpa mengenal aliran, medic? sastera? jurutera? .. ah semuanya mirip ! serupa !

Berbekalkan 2 minggu segala ilmu di sebarkan ke dalam otak tanpa mengira penat dan lelah
segala peralatan yang langsung x pernah digunakan, semuanya tersusun rapi di tempat stdy masing2
Waktu2 mcam ni highlighter kat kedai pon semakin pupus, semuanya gara2 ingin melighter nota2 yang cantek seakan akan x pernah disentuh, boleh juga disamakan sebagai potret, sungguh lawa dan memikat hati
Tak kurang juga nota2 yang masih suam2 kuku helai demi helai terpacul dari mulut printer, senang kata semuanya hot masih segar
Masa ni buku2 antic berhabuk2 dicari di pelusuk rumah, dicuci supaya tidak berhabuk

Bila lepas MCQ barulah rasa yang kita perlukan stdy month bukan stdy week !
Tak pernah pulak terasa yang kita perlu stdy awal bukan last week

Bila soalan susah , barulah rasa yang lacture note tak lengkap
Tak pernah pulak rasa nak menambah lacture note yang x lengkap

Bila masa x cukup , barulah rasa nak bahagikan soalan dengan masa yang ada
Tak pernah pulak rasa yang kita patot membahagikan beliau dengan lebih awal

Bila dah rasa x boleh dapat mumtaz, barulah rasa nak score essay and osce kaw2
Tak pernah pulak rasa yang kita patot score dari MCQ lg

Bila dah rasa 'rasa2 ak fail ni' . barulah nak buat solat hajat, berzikir, nazar
Tak pernah rasa kita patot doa kaw2 sejak awal2 lagi

Yang pelik benda ni akan berulang dan terus berulang ke atas kebnayakan pelajar termasuk ak sendiri.

Insaf macamna pon bnda yang sama berulang lagi

Azam la camana pon bila cuti kita main2 lagi

Berubah la macamana pon last2 kita macam ni lagi

Ah lupakan kita fikir lain kali.

Yang pasti esok. essay penentu, kalau soalan susah jugak mmg ak pesan kat Dr Said buat je satu sem setahun. Biar ak relax dengan lebih lama lagi next sem kalau rasa susah jugak ak mintak 2 tahun pulak tahun depannnya

Sunday, January 16

-[S.A.Y.A]-

nasihat untuk saya!

Kata Syeikh Al- Husaini :

Beberapa tanda org yg ber'karat' hatinya,

1. Mereka tidak sedih ketika ketinggalan melakukan amal baik

2. Mereka tidak merasa menyesal pabila melakukan kesalahan

3. Sentiasa berkawan dgn org yg sentiasa lupa kepada NYA.

YA WAHAB, YA SAMI', YA MUQIIT, keluarkan kekotoran dunia dari hati kami, perbaiki sifat buruk kami, kuatkan peribadi kami.

Monday, January 10

sejuk bukan sijuk....!

di kala bulan mula mengambang...

ketika mimpi menjadi mainan...

ketika kucing berkeliaran...

ketika...emm..ketika...huhu ape2 je lah..

hanya 2 perkara pasti akn dtg...

kebaikan dan kejahatan..! hik3...xD

pilihan tidk lagi terletak d tgn mahupun badan...

hanya hati yg menentukan..!

-frm..combi enstain-

ssijuk...sijuk..sijiuk nyer mlm nih....!

(*maaf atas kesalahan ejaan...:p)

Tuesday, January 4

si baju putih...xD


si baju putih...
kehadiran mu sentiasa d alu2 kan...
walaupon jauh d mata...
tp sentiasa dekat d hati...

kini kau d sini..
tidak lagi jauh dan bukan lagi mimpi...
semua nya realiti...

si baju putih...

ku susun sepuluh jari...
meminta maaf dr hujung rambut hingga ke ibu jari kaki..
salah dan silap moga d ampuni...

salam sayang seribu sayang...

"si baju putih"

xxx