Sunday, February 20

"kecilnya dunia vs minda mengecil"

Baru - baru ini aku mendengar khabar yang enak didengar. Ada pusat bowling dan wayang yang baru dibina dan sudah pon dibuka di pekan yang jarang - jarang didengari iaitu Kuala Selangor, ianya sangat hampir dengan tempat tinggalku.

Apa yang lebih membuatkan aku teruja, 1 set untuk bowling hanya 4 ringgit malaysia sahaja, bukan itu sahaja malahan jika kita bermain 1 set free 1 set. main 2 set free 2 set hingalah kita penat tidak kisahla berapa sekalipun. Sebelum ak sampai ke sana aku amat gembira dengan promosi ini. Tapi lain jadinya bila aku jejak ke sana. Aku menjadi tidak senang dengan harga yang murah itu. Kenapa agaknya? Dah murah pon tak senang ? YE ak memang gembira mendengar harga semurah itu. Tapi kalau korang. korang gembira ke? 2 kali ak pergi bukan sekadar line bowling itu penuh malah line nak beratur pon penuh =O.

Geram dengan situasi sebegitu aku memilih untuk melihat gelagat bowler di situ. Sedang ak meninjau-ninjau ak tertarik melihat seorang wanita ini. Ianya memang unik berbanding lelaki. Tapi itu tidak dipersoalkan, aku seperti pernah jumpa beliau. Aku menjadi stalker seketika sambil memikir adakah dia pelanduk dua serupa atau dia memang betul-betul seperti yang aku agakkan.

Sahaja ak melepak di sekitar dia. mengharapkan dia sedar dengan kemunculan aku disitu. Bila habis turn dia baling, dia menoleh dan melihat aku. Ok dia agak malu dan mengambil tempat duduknya. Terus die menjeling aku dan datang ke arahku. Ye ak tidak silap satu batch dengan ak rupanya university Mansoura = =". Rupa - rupanya dia juga tinggal berdekatan. Kecilnya dunia hatiku berkata ... Kami berborak sebentar dan ak beransur pergi dengan harapan esok lusa dapat berjumpa lagi eh tidak, esok lusa dapat bermain bowling.

ah lupakan, yang penting ak tidak dapat bermain lagi

Esok kalau tak dapat main juga memang tahun depan sahaja aku menjengah ke sini. Kalau penuh jugak memang diorg ni ak cop hobi bermain bowling "hari-hari" = =". Sekian terima kasih

Oh ak menceritakan kepada ayahku tentang perempuan tadi. Dengan slumber ayahku berkata Oh dia ke ? Kawan ayah punya anak tu. Mak dia ... bla3 .. Oh rupanya dunia ni kecik atau minda aku yang mengecil =.=. Tapi orang tua lebih makan asam garam bukan? so, bukan salahku untuk tidak ambil tahu .. sekian

Tuesday, February 15

oh noe !

Sedang enak ak menelaah game game baru yang dah lama aku sisihkan dari hidup aku, Hari ini ak mendapat email yang menggusarkan diri aku. Ak sangat kesah untuk membuka email tersebut. Panic, berdebar debar setelah mendapat email dari Dr Mansoura University. Bila ak buka ini yang tertaip :-


Dear All
I have sent e-mails and messages for Saudi and Malaysian students to come back as soon as possible. Please forward this e-mail to all students that you have contact with.
The next semester will start as follows:
Semesters 6, 7 , 8 and 10 will start induction on 19/2/2011.
Current Semester 8 will resume Pediatrics on 19/2 for one week and the exam will be held on 3/3/2011 as planned. Semester 9 will start induction on 12/3/2011.
Semesters 2 and 4 will start on 1/3/2011.
Best regards,
Said

Oh tidak ! belum pon sempat ak bermain main di sini dah nak kena balik minggu depan. Ini semua memang sudah dijangka cuma buat - buat tak sedar je. Nak ponteng kelaz, dah masuk clinical, kalau x ponteng pulak tak sempat nak bermain main di kampung halaman. so macamna ahli - ahli songo? apa plan ? Bila nak balik semula ni?

Ok bukan ini sahaja yang membuatkan hati ak tak senang. Dr memberitahu result akan keluar akhir minggu ini. Wah ini yang membuat jiwa tertekan. Bagi la peluang sikit, penat terdampar di jeddah pon x hilang lagi dah nak kena balik semula =O

Belum sempat jumpa gurl-gurl, kakak-kakak dan bakal-bakal mak mertua dah nak kena jumpa doctor balik. to boy-boy and abang2 tak perlu dikisahkan kami tidak teruja bertemu anda .. sory = ="

ah lupakan ... beter kita memikirkan aktiviti - aktiviti di hujung minggu ni

Kepada ahli songo, kalau korang nak ponteng kelaz seminggu dua ajak aku sekali. Baru la aku ada alasan nak bagi kat ayah aku nanti. mudah sikit kerja kita bukan?

akhir kata salam maulidur rasul, marilah kita berselawat sekurang - kurangnya hari ini jika tidak pada hari lain. "sekurang kurangnya" ye kalau sebaik baiknya lain pulak ceritanya sekian wassalam

malaysia here we are!

'tokmayyah' dan cekodok x dapat d samakan krn...
malaysia adalah malaysia...
dan mesir adalah mesir...hehehe

hohoho..
setelah sekian lama menjadi 'pelarian'; hari ini merupakan hari kebebasan bagi pelajar2 yg sudah lama terdampar d jeddah krn semua pelajar2 telah berjaya dpindahkan dan dbawa pulang ke malaysia; thanks for our government and others who participated in this mission! ;)


Malaysia Boleh!!!


Friday, February 11

MALAYSIA

Aman, Makmur, Sentosa akhirnya aku jejak tanah tumpahnya darahku Malaysia… Akhirnya segala keserabutan di Mesir, Jeddah ak cicirkan seketika …

Happy? Senang hati? Aneh perasaan ak sekarang bercampur baur. Tidak gembira tidak sedih, ak bersyukur selamat sampai. Ak tidak gembira kerana kelaz akan bermula minggu depan. Tidak seperti cairo, Mansoura masih aman tidak ada apa untuk ditakutkan.

Tapi apakan daya bila parents sudah risau kita harus ikut sahaja kata mereka. Ini semua gara - gara pelajar mansurah yang balik awal membesar - besarkan cerita diakhbar = =". Pantang ditemuramah semuanya akan dicerita supaya sedap didengar. Aku x kisah kalau ianya betul, tapi semuanya 'puppet'.

Antara yang ditulis dalam akhbar

1. kereta kebal lalu lalang di mansurah

- ok fine ada sebijik je yang ak nampak kat mansurah, aneh tak pernah pon bergerak dari 1 tempat. Malah kereta kebal tu boleh lagi pelajar malaysia pergi tangkap gambar = =" kalau macam ni boleh dikelaskan sebagai bahaya ke =O

2. Banduan terlepas dan membuat huru hara

- sepanjang ak disana keluar bersiar siar ke rumah kawan atau ke masjid, bukan sekadar sekali malah tidak pernah ku nampak banduan banduan ini menghuru harakan mansurah =O outa

3. Kami tidur beramai - ramai bersenjatakan pisau

- haha this one seriously funny, jangan sampai masuk berita pelajar mansurah maut akibat tercucuk ketika tidur besama pisau sudah. lain pulak ceritanya nanti

uuuuuu jenuh ak meyakinkan ayahku nothing happen tp sedikit pon tidak diendah = =". Ayahku lebih percayakan pelajar mansurah itu daripada aku. takkan ak nak bergurau bab bab macam ni. Tak pasal - pasal burn trip songo ke turki, jordan, syria dan lubnan. kalau sekadar tiket ak boleh berbalah dengan hotel untuk 2 minggu pon nak burn memang ak nak geram. tak mengapa nanti ak cutkan gambar ak masuk picture kat turki, buat2 pegi sudah ..

ah lupakan ....

Kepada kawan2 yang masih kat jeddah, bersabarla sambil makan makanan tentera yg bermacam macam tu. kuah kacang, sambal sotong memang sedap bunyinya ak pon dah tertipu. sedangkan kuah kacang yang tahan semiggu korang x larat makan ini kan yang tahan 3 tahun apa rasa = =? Apapun kami bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia. Ini bukan berpolitik ye .

Kepada kawan2 songo kalau dah sampai Malaysia nanti silalah YM mana tahu kita boleh buat rusuhan pulak kat sini so kita dapat balik free nanti ke egypt =D

Monday, February 7

Madinatul Hujjaj, Jeddah

بِسْمِ للَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Ahli2 Songo telah selamat tiba di Kompleks Tabung Haji (MADINATUL HUJJJAJ) di Jeddah…..

Sebahagian ahli2 Songo (Amar, Muhsin & yg lain agaknya) telah bertolak lebih awal ke Jeddah…...

Ahli2 Songo yg lain (Afiq, Syafiq, Hesyam, Farhan & Firdaus) telah bertolak ke Jeddah dr lapangan kapal terbang Alexandria lebih kurang jam 10.30 malam…..

Penerbangan lebih kurang 1 jam 51 minit menaiki pesawat Air Asia…..

Ahli2 Songo dan sebahagian pelajar Mansoura telah tiba di Jeddah lebih kurang pukul 12.30 pagi keesokannya…..

Setibanya kami di Jeddah, proses utk mendapatkan visa khas kerajaan Arab Saudi & proses penghantaran pelajar ke Kompleks Tabung Haji Madinatul Hujjaj mengambil masa lebih kurang 2 jam…..

Kami telah tiba di Madinatul Hujjaj lebih kurang 2.30 pagi…..

Pelajar yg masih berada di Mesir ketika kami berlepas ke Jeddah di khabarkan akan menaiki pesawat TUDM pada jam 3 pagi ke-esokannya, tapi sehingga jam 8 pagi waktu Jeddah, bayang mereka masih tidak kelihatan…..

Dari pembacaan suratkhabar online, terdapat lebih kurang 200 pelajar di Mesir enggan keluar dr Mesir…..

So,harap2 dlm 2-3 hari ini, keadaan di Mesir akan kembali pulih dan pelajar Malaysia boleh kembali ke Mesir utk menyambung pelajaran mereka…..

Friday, February 4

jeddah! here we come!!!

hehehe...
inilah hari terakhir kami d mesir, mansoura sebelum kami bertolak ke jeddah sabtu, jam 0300...
huhuhu seronoknye..x sabar2 nk ke jeddah heheh,,,;)

pada mulanya kami x mahu balik kerana cuti darurat tidak dberikan kepada kami...
tetapi setelah dpikirkan kembali dan atas desakkan kawan2 yg menyayangi kami akhirnye kami membuat keputusan untuk balik....hahaha..:P

sebanyak 'seorang' daripada ahli anggota songa telah selamat kembali ke tanah air bersama sama adik kesayangan beliau, nama drahsiakan atas sebab tidak mahu pihak media menemubual beliau d airpot KLIA nnti...fighting bro! hehe

jadi tinggal lah 8 orang sahaja d bumi mesir ini...kami berharap kami dapat pulang ke tanah air dgn selamat dan kami nk enjoy d jeddah nnti!!! hahaha...seronok...seronok...seronoknya!

perasaan seronok ini mungkin agak pelik sedikit kerana perasaan gelisah sepatutnya perlu drasai oleh setiap ahli2 songo huhu mungkin kerana perasaan yg tidak sabar2 untuk menaiki kapal2 tentera dan perasaan inign tahu bagaimana dan macam mana, dapat menimbus perasaan gelisah kami.

update terbaru; salah seorang anggota ahli songa telah membuat keputusan untuk tidak pulang, nama drahsiakan agar beliau juga x dtemuramah oleh pihak media...haha:P
tapi ape kan daya kami; yg pergi tetap pergi dan yg tinggal tetap tinggal....T T
best of luck untuk beliau dan kami berharap agar beliau dapat menjaga rumah dan barang2 kami
kami akan berkomunikasi dgn beliau sejurus kami sampai ke jeddah heheh..:P

pagi tadi saya telah bertemu dgn dr mat yg agak popular d kalangan pelajar2 d bawah global medic network GMN; satu organisasi yg menghantar pelajar2 melanjutkan pelajaran ke luar negara atas urusan kewangan...duit yg d beri oleh ayah saya bertujuan untuk berseronok d jeddah nnti huhuhu..:P (*untuk stand by lah..haah)

setakat itu sahaja...mungkin kita akan bertemu kembali!

kalu ade sumur d ladang,
jgn lupe jaga kebersihan!
hahaha...:P

Wednesday, February 2

Apa Nasib Kami Pelajar di Egypt!!!!

بِسْمِ للَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Just read newspaper online & few blogs.....
Operasi Piramid di lancarkan utk mengeluarkan pelajar Malaysia dari Egypt.....
Satu tindakan utk mengeluarkan pelajar2 Malaysia di Egypt.....
Tapi kerajaan ade tak berbincang dgn pihak Kementerian Pengajian Tinggi di Mesir & pihak universiti di Mesir mengenai nasib pelajar Malaysia selepas ini.....
Adakah kami masih boleh meneruskan pengajian atau tidak.....
Adakah kami terpaksa mengulang tahun sekiranya kami masih boleh belajar di Egypt.....
Ini adalah satu perkara yg merunsingkan selain keadaan yg melanda Egypt sekarang.....
Last week baru je habis exam.....
Exam results pun tak tau lg.....
Sungguh besar dugaan ini.....
Harap kerajaan Malaysia dpt memberikan penyelesaian mengenai status pelajar kami selepas di bawa keluar dari Egypt.....
Kami ahli2 Songo dah 3 tahun berada di Egypt dan berharap dapat menamatkan pelajaran kami di sini.....
OH ALLAH, bantu la kami.....

1st Time Ade Internet After Friday Riot!!!!!

بِسْمِ للَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

ALHAMDULILLAH, praise be to ALLAH.....
Baru dpt berhubung ngan internet sejak last Friday.....
With the situation in Egypt now is unpredictable, it is nice to get back the internet connection so we the students know what are really going on in Egypt.....
Keadaan di Mansoura is not bad as in Cairo  Alexandria, tapi still merisaukan.....
Dengan kebanyakkan students nak balik Malaysia.....
Tapi sesi semester baru pengajian tetap akan bermula 12 haribulan Februari ini.....
Kalau keadaan di Egypt semakin parah semua pelajar Malaysia terpaksa di bawa pulang, bagaimana la agaknye nasib kami selepas itu.....
Boleh ke agaknye kami kembali utk menyambung pengajian kami.....
Parents ahli2 Songo pun selalu call utk bertanya keadaan di sini.....
Semoga ALLAH membantu kami di sini.....
YG penting kami selamat dan keadaan di Egypt kembali pulih.....