Monday, December 29
Pengharaman sutera ke atas lelaki.
Saidina Ali kaw berkata:
"Aku melihat Rasulullah saw mengambil sutera dan memenganngnya dgn tangan kanan dan mengambil emas dan memegangnya dengan tangan kirinya. Kemudian baginda bersabda:
"Sesungguhnya kedua perkara ini adalah haram kepada lelaki dikalangan ummatku."
(hr "perawi lima" melainkan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah saw :
"Sesiapa yang memakai sutera di dunia dia tidak memakainya diakhirat." (Hr Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah dia memakai sutera dan emas." (Hr Ahmad, Haithami berkata: para perawinya thiqah)
Adakah budak lelaki boleh memakainya?
Ulama berselisih pendapat berkenaan dgn hukum memakaikan budak kecil dgn sutera. Ada dua pendapat seperti berikut:
1. Haram hanya kepada lelaki yang baligh sahaja. Budaklelaki yang belum baligh diharuskan untuk memakainya. Ini adalah pendapat mazhab Maliki dan pendapat utama dalam mazhab Syafie. Alasan mereka adalah seperti berikut:
a. Budak lelaki yang belum baligh belum ditaklifkan lagi dan tidak termasuk dalam kalimah "rijal" dalam hadis.
b. Sutera adalah perhiasan. Hukum budak2 memakainya adalah seumpama wanita.
2. Haram sutera kepada semua jenis lelaki, samaada yg kecil atau yg besar. Inilah pendapat mazhab Hambali, Hanafi dan ulama2 yg lain. Hujjah2 mereka adalah seperti berikut:
a. Umumnya hadis2 yang mengharamkan sutera kepada orang laki.
2. Jabir bin Abdullah ra berkata:
" Kami merampas kain sutera dari kanak2 lelaki dan membiarkan sutera yg dipakai oleh budak2 perempuan." (Hr Abu Daud dan Ahmad : Isnadnya Hasan)
Adakah boleh dijadikan sutera sebagai bantal atau hamparan?
Ada terdapat dua pendapat seperti berikut:
1. Kebanyakan ulama mengharamkan penggunaan sutera untuk hamparan, bantal, tirai dan penggunaan yg lain. Ini adalah pendapatMazhab Maliki, Hambali dan Maliki, Abu Yusuf dan Muhammad dr mazhab Hanafi. dalilnya adalah seperti berikut:
a. Huzaifah ra berkata:
"Rasulullah s.a.w menegah kami daripada minum dan dgn bekas emas dan perak, memakai pakaian sutera dan duduk di atas sutera." (Hr Muslim)
2. Sebahagian ulama mengatakan boleh menggunakan sutera pada yg bukan dipakai. Ini pendapat Abu Hanifah, Ibnul Majisyun dari mazhab Maliki dan ar-Rafie dari mazhab Syafi'ie.
Adakah Harus memakai sutera ketika darurat?
Ada dua pendapat seperti berikut:-
1. Pendapat mazhab syafie dan Hambali membenarkan utk orang lelaki memakai sutera sekiranya terdapat kemudaratan yg memerlukan utk memakai sutera seperti sakit. Dalilnya adalah seperti berikut:
a. Anas r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w membenarkan kepada Zubair dan Abdurrahman bin Auf untuk memakai sutera kerana gatal." (Hr Bukhari dan Muslim)
2. Pendapat Abu Hanifah dan Malik mengharamkan sutera secara mutlak. Mereka mengatakan apa yg dibenarkan kepada sahabat adlah khusus utk mereka sahaja.
Ibnu Quddamah berkata: Pendapat pertama lebih tepat kerana apa yg dibenarkan kepada sahabat ia dibenarkan kepada orang lain.
Rujukan: Al-Albisah Waz Zinah oleh Abdul Wahhab bin Abdus Salam.
Arabic extra lesson :1
كاع-(ka-’ib) berguna kalau korg g kedai photocopy. Kalo nak binding nota pkai binding ring gtau je pkataan ni.
يعزم-(ya’-zim) belanja member
شكك-(syu-kuk) kalo nak bhutang ngan kdai runcit.
نايص-(naiS) kurang a.k.a less
فاض-(fa-dhi) kosong
وسخ-(wi-sikh) kotor
بعت-(ba-‘at) hantar
باين-(ba-in) ngan jelas
عندل لزم-(‘an-dil lu-zum) bila perlu
smoga kta suma dpat mnfaat dri lesson 1 ni
sorry r kalo aku salah eja jawi tu..huhuhuh..pape pn aku da cba yg trbek
salam
rindu yg x pernah pudar...
ni mungkin kali ke-2 aku menulis dlm blog ni..maybe insya allah..akn ku tulis lagi..
ari ni tanggal 29 bulan 8,2008...awal muharam...pagi ni,dalm kesejukkan yg agak sejuk..aku terbangun dan bile bukak je mate...rupe2 nye da pagi...SIOT AR KORANG X KEJUT AKU SOLAT SUBUH!!!!
selesai solat subuh 'gajah' tibe2 ade semacam perasaan yg wujud jauh dlm lubuk hati ini rase rindu, sayang yg teramat sangat yg x boleh diurai kan dgn tulisan maupu kate2..
rindu kepade ahli keluarga yg tesayang....I love you alll!!!
inilah merupakn pembakar semangatku untuk menjadi seorg doktor yg hebat,cute,comel dan bejaya dunia akhirat...
gelak ketawe adik2 ku...sende gurau bersame2..abang2 ku ayahku da ummiku...argh...RINDU NYE........!!!!
jauh d mate dekat d hati...
tapi x pe....ni mungkin cabaran untuk aku mencapai cite aku....
akanku redah lautan api...
akanku ramas batu2 yg keras di jalanan...
akanku terbang walaupun kilat datang menghalang...
akan ku berlawan jike ade spiderman or batman yg dtg menghalang...
AKU PASTI BOLEH!!!!INSYA ALLAH.....!!!
Sunday, December 28
steady melody..
zmn wali songo dah jadi zmn dr songo
walaupn ak x tau nk tulih per2 utk first topik nih.., tp sbb ksengalan yg dah menebal kat jari ak utk menekan 'miftah-bot'(aka keyboard dlm bhs alien nyer) bg tujuan mencoreng2 blog nih... ak upload lah gmbar yg sempat ak amik lps solat zohor td kat gamaah.. klu diikutkn ad video clip...tp x trsave plak....,mmg x der rzeki korng nk menikmati lah nmpaknya..
Lets Put A Smile On Our Face
Ha kawan2........exam just in 2-3 weeks.........mesti resah kan?takpe,biasala tu.kalau suama dah buat,baca buku dah buat,belajar dah buat,exam INSYAALLAH bleh buat nye.So,klau ada yg tensen2 tu,ni mari tngk gmbr kat bawah ni.Releasekan skit tension tu & senyum skit.Bila kita senyum & gembira,lbih bnyk hormon d keluarkan jadi kita akan lebih mudah study(tah betul tah tidak,reka jetu).Papepun,gmbr terakhir d tujukan kepada seorang ahli drsongo.JUM STUDY.................N BE HAPPY.
Saturday, December 27
The Weirdest week of Dr. Songo's life..
Next, the mother nature 'waved' at Dr. Songo's house. what a climate!. there was a sudden drop in temperature. from 16 degrees Celsius to about 8 degrees Celsius, and non would stay alive if try opening the windows (FIY: there are 3 layers of window in Egypt's house..never dare to open it during winter. or you'll die in a frost bite..hahaha).
and then, here goes all winter fashion to the lecture. wow, Malay students sure know how to make up themselves with these changes. a bit Arabic and a bit west-like garments.
and in these weather, all year one Conventional programs had to do 2 frustrating exams. all for the minor-est marks for the final. what a pain in a butt. well, goodbye for now to Physiology and Biochemistry, we not gonna miss you.
and that's all for this week.
to be continued.....
Thursday, December 25
Wednesday, December 24
Minggu yang meletihkan aku..huhu
Resepi Ibu
Monday, December 22
KWNKU,JOM BELAJAR PASAL ISTILAH BOHONG MENGIKUT APA YANG ISLAM AJAR
Definisi bohong:
“Menyatakan sesuatu yang menyalahi perkara sebenar, samada senghaja atau tersalah.” (kitab Misbahul Munir)
Hukum Bohong
Hukum Asal bagi bagi bohong adalah haram menurut al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.
Firman Allah swt:
“Dan janganlah kamu berkata dusta mengikut sedap mulut kamu ini halal dan yang ini haram untuk mereka2 pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang2 yang mereka2 pembohongan terhadap Allah tidak berjaya.” ( 116 : an-Nahl)
Ibnu Mas’ud meriwayatkan , Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan. Kejahatan membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang selalu bercakap bohong sehingga ditulis disisi Allah sebagai org yg sgt pembohong.” (Hr Bukhari dan Muslim)
Nabi saw bersabda:
“Besar pengkhianatan sekiranya kamu menceritakan satu cerita kepada saudaramu seIslam dengan keadaan dia mempercayai cerita itu sedangkan kamu berdusta.” (Hr Abu Daud – Imam Nawawi mendaifkan hadis ini)
Ijmak (sepakat) para ulama mengatakan haramnya berbohong.
Bohong yg dibenarkan
Pengarang kitab Mausuah al-Feqh (jilid 24/ms205) berkata:
“Kadang2 bohong adalah perkara yg diharuskan atau diwajibkan. Ucapan adalah perantara bagi tujuan. Setiap tujuan yang mulia yang boleh dihasilkan tanpa bohong maka haram berbohong. Sekiranya tujuan yang mulia itu tidak terhasil melainkan dgn berbohong maka harus berbohong. Sekiranya tujuan itu diharuskan maka berbohong menjadi harus dan jika tujuan itu wajib maka wajib berbohong. Contohnya menjaga darah orang Islam adalah wajib. Jika bercakap benar boleh menyebabkan tumpahnya darah orang Islam yang bersembunyi dari orang zalim, maka wajib berbohong. Wajib berbohong dalam hal ini sekiranya tidak diketahui terbongkar pembohongannya yang mengakibatkan kemudaratan yg lebih besar.”
Dalil kepada pengharusan ini adalah hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Ummu Kalsum ra:
ليس الكذاب الذي يصلح بين الناس فينمي خيرا أو يقول خيرا
“Bukanlah orang yang berbohong itu yang mendamaikan diantara manusia yang menyebabkan berkembangya kebaikan atau berkata perkara yang baik.” (Hr Bukhari dan Muslim)
Ummu Kalsum ra juga meriwayatkan hadis Rasulullah saw:
“ Aku tidak pernah mendengar Rasulullah saw membenarkan manusia untuk berbohong melainkan dalam 3 perkara 1. Peperangan 2. Mendamaikan manusia 3. Cerita lelaki kepada isterinya dan sebaliknya.” (Hr Muslim)
Ulama juga membenarkan untuk tidak mengakui kesalahan yang tersembunyi yg dilakukan seperti zina pada masa lalu. Orang tersebut hendaklah bertaubat ke Allah dan menyembunyikan. Apabila ada pihak berkuasa bertanya dia boleh mengingkarinya. Rasulullah saw bersabda:
“Hendaklah kamu menghindari perkara keji yang dilarang oleh Allah. Sesiapa yang telah melakukannya hendaklah dia menutupnya dan bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya sesiapa yang kesalahannya diketahui maka kami akan melaksanakan hukum berdasarkan Kitab suci al-Quran.” (Hr Hakim – dihukum sahih oleh Hakim dan azZahabi)
Saturday, December 20
UNEXPECTED CHANCE STUDYING IN EGYPT
SALAM TO ALL MY FRIENDS..
Amil eh, izaiyak? ana kuwaiyis, alhamdulillah. bersyukur ke hadrat ilahi, dpt juga kita siapkan blog nih..walaupun serba sederhana,tapi cukup la untuk mgeratkan ukhwah antara rakan2 baik aku yang mula terjalin masa khusus kat ukm. ini gambar pertama saya ambil kat mesir di dalam airport mesir..
Tanggal 7september 2008, itu la saat aku jejakkan kaki kat bumi anbia yg penuh bersejarah nih..alhamdulillah, aku selamat sampai dengan Egypt AIR..apa yang aku tao sblum datang mesir? pertama skali,aku tao adanyer piramid kat mesir, x sbr2 aku nk tgk bla smpai mesir..hehe..kedua, sungai nile. dulu dok baca dalam buku sejarah jer, sekarang,sungai nile dpn mata jer..
aku tak pernah terpikir pun dapat blajar medic kat mesir nih..bermula aku msuk matrik,aku dah rasa, tertutupnya pluang aku nak blajar oversea..hehe..rezeki allah, sape tau kan..sampainya aku kat sini, aku berazam nak belajar toi2, nak jadi doktor, cita2 sejak kecil lagi tao.. aku nak balas jasa ibu bapa aku yang sanggup berbelanja besar nak hantar aku kat mesir nih, mak, abah, amar akan pastikan, amar dapat tajaan tahun depan ok..dengan bantuan allah, insyallah..ok kwn2, stadi medic jer tak cukup, rajin2 la tambah ilmu agama kat ustaz2 kita macam ustaz salaman, xpun ustaz halim..nak harap khutbah jumaat, hehe, berapa kerat ayat jer aku paham..ok, aku doakan, kwn2 aku sume mumtaz n salu berada dlm lindungan allah..wasalam
Thursday, December 18
wahai keng kawan ku...inilah ujian dunia...
sbar lah sikit sebelum dpt mencapai matlamt yg sering menjadi mimpi2 indah...
seorang doktor yg hebaat,mantap,tough,comel,hencem...argh!!banyk lagi...dan yg plg penting berjaye d dunia dan di akhirat insya allah...
hahaha...kpd afiq..sabar lah ...kalo nak air sesangat2 p le wat umah kat sg.neil..
kih...3 (peace)......
keng kawan...ayuh kt gegar kan dunia dgn impian kite yg selamae in kt simpan,buktikan yg kt boleh dpt mumtaz evr year!!!
malaysia bulleh!!
My Cute Little Cousin
Wednesday, December 17
It all starts here..
It all started at National University of Malaysia or normally acknowledged as UKM. The main reason we gathered there was to learn some Arabic words and sentences for communication in Egypt, that is the place that we are currently being.
Actually none of us known each other till after about a month in the Arabic course, when we starts to know each other by some incidence. That's how the 6 of us met (Muhsin, Ammar, Farhan, Hesyam, Naim and Fadli). The other 3 of our members (Afiq, Syafiq and Firdaus) were introduced in Egypt when they were introduced to A8.
Muhsin, the first member of our group is always eager to be friend with every boys in the course, but not really into girls. Ammar is a cheerful person and never let a day dry without a smile. Hesyam sometimes appear matured, but other times.....you guess it. Sometimes Naim is so stubborn and bossy but in other cases he is not bad. Fadli is more towards the girls (he prefers to be known as a Ladies' Man) than boys, we doubted that he can recognises the boys in UKM. Farhan is someone who put the fun to the max even in the tense. Naim and Fadli were roommates, just like Farhan and Ammar. There were lots of fun experience we went together in UKM such as the trip to Time Square which end up with no transport back to UKM and lotferss and lots of other experience.
Next one is Afiq. He is the 'big boss in our house. When he 'mixed' with Farhan will be more than enough maddness in the house. Syafiq weird characters and Firdaus passive jokes completed DR. SONGO in Egypt.
Mama!!!!!! MOWYAH !!!! @%#*&
Ade ke tutop air.. Pg2 bute time suboh air x de..
nk mandi gi klass air xde.. nk masak pn air xde..
kdng2 time2 tgh siang ikan pn mangkok 2 bleyh tutop air...
macam bodoh gler.. harap jer dah tue.. ingatkan dah banyak asam garam..
rupe2nye bodoh cam bdak kecik.. x leyh piker tntng org laen..
ceit!! ape la.. dah dasar mak cik arab pentingkan diri sendiri..
hahaha.. konon pam rosak.. mcm ayat org x skolah jer.. piker la leklok.. kalau dah gune tu kiteorg tutop r.. ha!!.. if x tutop pn, lepas kol 12 tutop r dah nk TUTOP sgt.. !!!! tp yg cam babinyer.. suboh2 pn x bkak jgak air.. org nk amek wudhu'.. membuang sgale air.. haha.. SUME TEKANDAS..
huh.. entah2.. waktu suboh pn smayang suboh gajah.. x gajah, rimau.. haha bengong..
dah la poyo.. "blease off the pump.. all nite on.. You dun switch off?? ok i will on it.. Blease dun forget"
ayat same jer tiap2 kali jumpe nk mintak bkak air.. bajet anak ko dokter ko bleyh bwat pasal..
hmmphh... aku bakar reban ayam kat ats bumbong br tau.. kurus ko x de mknn.. mangkok..
mama.. kalau kau bc blog ni mesti ko ubah pendirian.. haha.. tp x mungkin r.. dah gelap hati org tue tu.. ckp ape pn x masok dlm pale.. tros kluar kot telinge.. mangkok..
dah r.. nk berusehe cr air.. lepas ni ade kelas...
weyh.. yg laen2 2 luahkan perasaan ande.. luaskan.. jgn x luahkan... haha.. chow!! :)